Friday, 21 December 2012

Bahagia HAKIKI

1.2.34 + 20.12.2012

aku bahagia.

sebab?

Allah sayang aku.

Allah tahu bagaimana nak bahagiakan aku setelah berhujan-hujan airmata keluar sejak akhir-akhir ni...


punca?
1) article AES group aku keluar paper berita harian 
2) 1st prize for redesign USIMTODAY competition!



***alhamdulillah...



Friday, 14 December 2012

sumpah aku tak kisah



aku tak kisah kalau aku terpaksa buat lebih kerja untuk menyiapkan "assignment". tapi aku kisah kalau aku dah penat-penat buat kerja lebih masa, tapi mereka tak sempurnakan kerja itu mengikut yang sepatutnya. 


sekian,terima kasih.


# kalau aku rasa aku terlebih buat kerja dari mereka, aku akan fikir satu ni je. ini untuk masa depan aku. aku taknak scroll ijazah yang aku terima nanti bernilai SIFAR di mata majikan aku.




Wednesday, 12 December 2012

12.12.12


‎12 - 12 - 12

Do something you'll never forget.
Do something you'll never regret.


Do something crazy.
Do something cheesy.


Do something you've never done before.
Do something you swear not to do anymore.

Tuesday, 11 December 2012

Apresiasi

#1. Apresiasi itu adalah kata pinjam dari bahasa inggeris yang bermakna menghargai.

menghargai. hargai. berharga. harga. penghargaan. kehargaan (eh ade ke?)

semua tu bawa erti yang satu. nilai. apa yang kita sebenarnya faham tentang erti nilai? erti menghargai supaya diri dihargai. supaya diri ini rasa punya erti. 

pernahkah kita berada di situasi di mana kita peroleh satu barang dari insan yang kita sayang? lalu kita jaga ia, kalau boleh kita pelihara sampai tiada satu cacat cela pun yang menyinggah pada barang itu. alaupun insan itu jauh, kita terasa sentiasa dekat kerana barang pemberiannya ada bersama kita.tahukah kita bahawa itu dipanggil penghargaan?


Thursday, 29 November 2012

dengarkanlah GCDJ





Getaran Cinta Di Jiwa 


Di hatiku cinta berbunga
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanyalah dirimu oh sayang

Sunday, 25 November 2012

iktibar

kan?
best tak?

dengan keadaan kau sekarang ni, kau patut bukak mata

tu laaa..
lain kali jangan cakap orang..
macam bagus konon kan..
kan sekarang terkena kat batang hidung sendiri..

amacam??

dah besar kan?

gunakan akal yang Allah bagi untuk menilai diri

dan ambil iktibar dengn apa yang terjadi.

sekian.

Monday, 19 November 2012

maaf ini untuk selamanya


"dulu aku sendiri...
kini masih sendiri..."



hmm..macam tulah hidupku..masih sendiri...
tapi,
tak bermakna aku sepi
tak bermakna aku sunyi
tak bermakna aku seorang diri

Sunday, 4 November 2012

.tunggu.



andai suatu hari nanti.

ditakdirkan aku perlu menunggu.

aku akan tunggu.

sebab bukan pertama kali aku pernah menunggu.

biarlah tak sepasti hari semalam.

sekurang-kurangnya aku tahu.

selama ini dia yang menunggu aku.

Saturday, 3 November 2012

Senyum!

entah kenapa. 

bila kita menerima dan berserah kepada Allah setelah diuji. 

maka muncullah satu lagi ujian dalam kehidupan.

tak kiralah ujian itu berbentuk sesuatu yang gembira, sedih, atau keliru.

inilah yang dinamakan Rempah Ratus Kehidupan CiptaanNya. ^_^



indahnyaaa senyuman!!



*** di saat ini, terasa diri disayangi tuhan. 
    kerana Dia tak suka melihat aku terlalu melayan kesedihan.
    Maka Dia hadirkan Peneman. ^^


Hanya Allah yang Aku Sembah

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Allahu Akbar!

kagum sangat-sangat bila tengok gambar ni..! sukaa! 
maka terlintaslah di hati sebuah pertanyaan...
adakah aku menghiasi nama-nama Penciptaku seindah gambar ini dihatiku?
lebih indahkah atau...sebaliknya?


Astaghfirullahal'azim....

Thursday, 1 November 2012

goodbye sadness!

yuhuuuu!
Assalamualaikum!!!


please! please! please! 


semalam dan hari ini

bila rasa keputusan goyah
kita cari Allah
tak kira senang ke susah
kepada Dia lah kita berserah

Monday, 29 October 2012

diari semalam

...dadaku berdegup laju...

I am nothimg. fullstop.


pagi.
dadaku berdegup laju. mata dibuka. mengharap mimpi itu tak jadi nyata. bangun. seperti manusia biasa. melangkah perlahan seiring waktu. kerna aku tahu tiada siapa yang menunggu. 

Sunday, 28 October 2012

Asa yang Kian Rapuh


kisah seorang "brokenhearted".



* deep in my heart, it beats up your name

resah. macam lain macam saja hidup Mawar sekarang. sejak diakhiri episod cinta sejati. seperti ada yang kurang. bukan kurang makan. bukan kurang wang. Mawar jauhari benar apa yang kurang. cuma bakat lakonan yang dimilikinya selama ini di praktikkan dalam kehidupan sebenar. mungkin dia berjaya di hadapan insan-insan yang tidak sepenuhnya tahu kisah hidupnya. Mawar hanya mampu meluah sakit di kepalanya kepada mereka sahaja. selebihnya? disimpan di hati. hanya Allah sahaja yang mengerti.

Saturday, 27 October 2012

Mencari diri di Raya Haji



kosong. membelek nota-nota lama. aku terjumpa satu nota.

03:51pm, Sun, 06/11/2011

ini, hari ini. Aku masih bernafas lagi. Alhamdulillah. Raya Aidiladha ini mungkin kurang bermakna untuk insan yang bernama aku pada tahun ini. Tapi Aku berharap, ianya berubah.

Friday, 26 October 2012

adil ke???

"bila kau gadoh ngan aku, satu dunia kau bagitau. aku?? kau ingat aku senyap ni aku bodoh la ea? tak boleh balas?
ooo kau ngat aku takde mulut nak bagitau satu dunia jugak ke??

weh,kalaau kau ingat kau bagos sangat, jangan sebok lagi hal aku. tak payah guna orang tengah lagi. memang tak sia-sia aku tinggalkan kau. aku yang buang kau. asal??? nak cakap aku jahat?? ha'ah. aku memang jahat. tapi jangan tanye kenapa kalau aku cakap aku jahat sebab aku kenal kau. mulut kau yang macam longkang tu memang takkan ade indahwater yang tolong bersihkan. sebijik da macam hati kau tu. cukuplah. aku takkan toleh ke belakang. kau nak burukkan aku lagi? SILAKAN. SILAKAN. SILA JATUHKAN MARUAH AKU DEPAN KAWAN-KAWAN KAU YANG MULIA TU.

satu je aku nak cakap, KAU AKAN MENYESAL"








demikian adalah status aku hantar di laman sosial Facebook itu hari.


dan disebabkan status ini, ramai dah menghakimi aku.


macam-macam seperti:


perempuan cepat melenting,


perempuan minta perhatian (kurang perhatian)



Thursday, 25 October 2012

untitled post!

penjelasan yg mungkin terlewat tapi entri ini harus ku buat!



dengan hati yang membengkak,cerita ini ku bukak...

F.I.N.E.

teneneneng!!!

message received. content :



"....jangan menyesal"
"....jangan menyesal"
"....jangan menyesal"
"....jangan menyesal"
"....jangan menyesal"

Wednesday, 24 October 2012

Saya Ada Satu Soalan...

bicara hati insan yang sentiasa dilukai :



indahnya percintaan jika tak disulami kesakitan


awak,
ya, awak yang saya sayangi
awak tahu tak hanya awak yang saya ingati?
setiap detik dan hari
tapi awak tak pernah bosan menyakiti hati ini

Teddy cinta Bearnya



Teddy itu perempuan, Bear itu lelaki




Tuhan, jagakan dia
Dia kekasihku
Kan tetap milikku
Aku sungguh menyayangi sungguh mencintai
Sepenuh hatiku

Saturday, 20 October 2012

coklat itu cintaku


hati kecil ini milik siapa?

Cinta
Andai dibutir haluskan
Dan dicerakin menjadi kata lain
Aku gagal
Cintaku umpama coklat
Aku jauhari akan kesannya bila ia berlebihan
Namun tetap ku beli
Dan ku kumpul
Ya, aku himpun semuanya
Pelbagai jenis dan harga
Bila ku teringin menjilat nikmatnya
Aku cuba

monolog si hamba cinta

cinta...
...cinta...
...cinta



pepohon cinta hati beta

*semangat*


malu. 

sebenarnya itulah yang aku rasa. pada mulanya aku sorok idea pembikinan blog ini dari mereka. bimbang digelakkan hasil karya aku yang tak seberapa. tapi biasalah, kentut disimpan-simpan pun lama-lama orang cium baunya. aku tak gemar mereka syak yang entah apa-apa. lagi pula, dia saja lah kawan yang aku ada. janji aku, kaulah yang pertama yang akan tahu ku punya rahsia.

Friday, 19 October 2012

sabar, sabar, sabar!

teneneneneng!

mesej diterima. dari sahabat paling ku sayang. Isi nya..

"jangan sedih sedih tau Najah. banyakkan sabar tau..."

#1

Assalamualaikum!

welcome to Rempah Ratus Kehidupan's Blog

to be honest, this is my very first time to have my own blog!
B.L.O.G. ---> I've never dreamed this before ok.
so, I AM NEW HERE! weee~


sooomel!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...