Wednesday, 17 April 2013

Itik 'quack! quack!'




ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA~


Apa khabar kawan-kawan yang comel?
harap semua sihat-sihat tau! walaupun dilanda masalah kerja, famili, rakan-rakan ke ape ke, sentiasa senyum ok? senyumlah, senyumlah, ahaai cek mek molek! eh, hamboi sempat nyanyi pula..hihi..


okay dah cukup untuk tazkirah kita. jom kita ke agenda sebenar. *agenda lah sangat. macam hebat je kan? hihi :)


post sebelum ni kita belajar apa ya kawan-kawan? haa..cepat-cepat refresh! ok bagus siapa yang ingat tu..  sebelum ni kita belajar cara-cara nak mencipta bunga yang comel dari kain felt. 


hmm..kali ni pula saya akan berkongsi bagaimana nak buat itik yang comel. kawan-kawan kenal tak itik tu camana? hihi..memang dahsyat kalau tak kenal... ok, biasa lah..itik adalah binatang yang sangat cute bila dijadikan kartun. so, post kali ni jom kita belajar bagaiman nak menghasilkan itik "quack quack" dari kain felt.

JOM!

ITIK 'QUACK! QUACK!' DARI KAIN FELT

#1 Seperti biasa, sediakan bahan-bahannya dulu tau. kawan-kawan, sebagai 'orang baru' dalam bidang ni, kita perlulah bermula dengan lakaran dulu..kemudian kita tekap di kain felt dan gunting. ok? kalau tak, memang agak susah sikit tau kawan-kawan. tapi takpe, saya sentiasa ada untuk membantu merealisasikan setiap impian comel anda!




#2 oh ya! jangan lupa untuk mengguntingkan badan itik jadi dua belah tau. sebab nak jadikan depan belakang. ok? seterusnya, selepas menggunting kain felt mengikut lakaran di kertas tadi, kita sendiri da dapat lihat kecomelan kain-kain felt kita. ni baru letak-letak gitu je tau. tak siap lagi dah cute! huhu! kawan-kawan mesti tak sabar nak tau step lepas ni kan? 



#3 haa..jangan ditenung lama-lama. gamlah kain felt tu. cantumkan biar dy lekat sampai bila-bila. hihi :) elok-elok tau lekatkan. tak perlu banyak sangat kuantiti gam tu. :)



#4 Wah...itik dah boleh say hi laa... seronoknya! tapi belum siap lagi. ni la jadinya bila step di atas telah selesai. teruja nak habiskan langkah-langkah kan? :)



#5 Ok, letak tepi dulu itik 'Quack! Quack!' tu. ambil kertas A4 dan gunting mengikut bentuk badan itik. :)



#6 Nampak tak kaitan langkah sebelum ni dengan sekarang? ini bertujuan untuk mengeraskan lagi badan itik ni. kawan-kawan gam kertas tu kepada kedua-dua belah badan itik. :)



#7 Kini tibalah masa untuk kita tunjukkan bakat menjahit yang terpendam. haa..bukan dendam je yang terpendam tau. bakat pun terpendam-pendam. hihi. tak elok lama sangat pendam ye kawan-kawan. :) ok sila jahit keliling itik supaya lebih kemas lagi.



#8 Dah siap jahit? kenapa suka sangat ni? hihi. tak percaya dah siap ke? comel tak itik 'Quack! Quack!' ni? tahniah kawan-kawan. :)



*bila dah siap ni, boleh lah tunjuk dekat mak ayah, adik, abang, atuk, nenek, suami dan anak-anak (ops! dah berfamili rupanya! tahniah!)

*Nak cuba yang lain? Mohle kite ke post yang seterusnyee! :)

*Jumpa lagi~ jaga diri! >.<





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...