#1. Apresiasi itu adalah kata pinjam dari bahasa inggeris yang bermakna menghargai.
menghargai. hargai. berharga. harga. penghargaan. kehargaan (eh ade ke?)
semua tu bawa erti yang satu. nilai. apa yang kita sebenarnya faham tentang erti nilai? erti menghargai supaya diri dihargai. supaya diri ini rasa punya erti.
pernahkah kita berada di situasi di mana kita peroleh satu barang dari insan yang kita sayang? lalu kita jaga ia, kalau boleh kita pelihara sampai tiada satu cacat cela pun yang menyinggah pada barang itu. alaupun insan itu jauh, kita terasa sentiasa dekat kerana barang pemberiannya ada bersama kita.tahukah kita bahawa itu dipanggil penghargaan?
menghargai sesuatu yang menjadi satu tanda kasih. tanda cinta. tanda hormat. tanda terima kasih. tanda bahagia. tanda ingin berkongsi suka duka.
maka apa rasa si pemberi jika mengetahui barang yang diberi dijaga rapi?? sudah tentu bahagia bukan?
di situ letaknya kita sebagai manusia yang dicipta lengkap berakal fikiran untuk berfikir.
lihat sekeliling, lihat segala barang milik kita. pernahkah kita terbayang atau terlintas di benak kita 10 tahun yang lalu, yang kita akan memiliki nikmat yang kini kita mampu merasai? tidak pernah terfikir bukan?
justeru sebagai si penerima,
apa yang seharusnya kita balas kepada si pemberi kita?
patutlah kita rasa berkurangan dan tak pernah rasa cukup. kerana kita sombong. tak mahu menghargai pemberian dari Pencipta kita sendiri! MasyaAllah~ sungguh angkuhnya kita mengomel tidak punya itu dan tidak punya ini sedangkan yang sedang kita punya itu kita langsung tidak nampak dan lantas menghargainya. langsung tak memandang itu sebagai hadiah istimewa dari Pencipta yang maha Kuasa.
mari bersama saya mengucap syukur kepada Allah. tuhan sekalian alam.
"Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
Astaghfirullahal 'Azhim..
bismillahhirrahmanirrahim...
Allahumma inni zalamtu nafsi zulman kaseeran
wa la yagh-firuz-zunooba illa anta.
faghfirli maghfiratan min'indika war-hamni,
innaka antal-Ghafoor-ur- Raheem.
aamiiin."
itu dari konteks kita dan maha pencipta. jika ianya berbentuk manusia sesama manusia. bagaimana??
beginilah. ada cerita yang saya mahu sampaikan. mohon ambil iktibar.
kisahnya begini. Lala (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar di IPTA kawasan lembah klang. Lala bersama kumpulannya perlu membentangkan sebuah pembentangan yang berunsurkan lawatan ke negeri Melaka. lalu si pensyarah meminta kelasnya membuat sebuah perbentangan yang akan diambil markah melalui bahasa dan kreativiti. saya ulang, BAHASA & KREATIVITI. lalu mereka bersetuju menghasilkan sebuah video mengenai lawatan mereka ke Melaka bertajuk "Hari Kami di Melaka". oleh kerana Lala begitu berminat dalam menghasilkan video itu, dia menghabiskan seluruh masanya untuk berfikir yang terbaik untuk perbentangan itu kerana sejujurnya dia bukanlah pelajar bijak di dalam kelasnya. cuma, dia ingin melakukan yang terbaik, lagi-lagilah jika dia mempunyai minat ke arah itu. dengan bantuan abangnya sebagai penterjemah (kerana video ini perlu dihasilkan dalam bahasa arab), dia berjaya menyiapkannya.
hari yang ditunggu bakal tiba, maksud saya, esok, hari pembentangan video itu. Lala yang bersemangat tinggi itu menghabiskan malamnya hanya untuk mengedit balik video itu kerana masih terdapat kecacatan di bahagian-bahagian tertentu. pukul 3 pagi lebih dia lelapkan diri. ya, saya tahu itu waktu normal bagi pelajar yang mahu menyiapkan assignment. ada yang langsung tak tidur. itu saya juga tahu. cumanya, saya ingin tekankan di sini adalah, Lala inginkan yang terbaik. supaya apabila dibentangkan dia rasa puas hati jika pensyarahnya itu gembira kerana usaha mereka bukanlah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. baginya, dia sudah melakukan yang terbaik.
harinya tiba, semua berdebar. nak jadikan cerita, kumpulan Lala di undi mendapat giliran yang pertama. selesai dibentang seperti yang di rancang, kelas itu sunyi tiada suara. "mereka tidak suka." Monolog Lala dalam hati. pensyarah itu dengan muka hati keras batu itu memberi respon. dia bilang tiada komunikasi. Lala memohon supaya membentang sekali lagi. ditolak mentah-mentah oleh si manusia berhati dengki. Lala terus terdiam. tak mengapalah. bukan rezeki mereka.
persoalannya di sini, video itu tiada komunikasi?? yang si pensyarah mahukan adalah, berbicara dengan kelas. lalu, apa fungsi video itu di buka di kelas? bukankah ianya juga bertujuan untuk berbicara kepada si penonton??
namun, kumpulannya langsung tidak mendapat tepukan. kumpulan seterusnya di banjiri tepukan, malah di tegur pensyarah kerana tidak memberi tepukan.
Lala kecewa. itu sahaja yang saya boleh cerita. segala makiannya saya simpan kerana tak elok untuk tontonan umum seluruh sedunia.
esoknya, pembentangan disambung kerana semalam tak cukup masa. kumpulan seterusnya membentangkan video. dan mereka tiada komunikasi. tetapi tidak ditegur dan ditolak mentah-mentah oleh si pensyarah. hmmm...MENGAPA YA???
di sini jelaslah bahawa, penghargaan itu penting. Lala cuba melakukan yang terbaik. tapi langsung tak dipandang oleh insan sombong. ya, mungkin tidak menepati apa yang dijangka oleh si pensyarah. tapi tolonglah. hargailah segala titik peluh pelajar yang tidak memandang enteng dalam menyiapkan kerja untuk nya. untuk mendapat markah yang diimpikan. namun.jika ini yang diterima. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasanya jika kita ditempat Lala.
jelaslah bahawa Lala cuba melakukan yang terbaik, sebagai penghargaan kepada ilmu si pensyarah beri, namun sedikit pun tidak dihargai pensyarahnya.
jangan salahkan saya jika Lala menyimpan dendam di hatinya. kerana dia punya hati selembut tisu. sekali terkoyak dan basah dengan air mata, ia menjadi keras apabila kering. dan takkan mungkin menjadi selembut kejadian asal.
*** tolong.
jika kita mahu dihargai. tolonglah belajar menghargai.
jika kita tidak dihargai. pergilah kepada yang lebih arif menghargai diri kita.
No comments:
Post a Comment