...dadaku berdegup laju...
![]() |
I am nothimg. fullstop. |
pagi.
dadaku berdegup laju. mata dibuka. mengharap mimpi itu tak jadi nyata. bangun. seperti manusia biasa. melangkah perlahan seiring waktu. kerna aku tahu tiada siapa yang menunggu.
tengahari.
dadaku berdegup laju. hingar suasana. tapi di hati ini tidak. jiwa ini hilang. fikiran menerawang. bayangan mimpi itu mungkin menjadi tanda. tanda bahawa harapan aku harus di henti serta merta. mungkin. tapi bagaimana? cara paling bijaksana untuk aku memujuk diri ini selari dengan tingkah keputusanku itu hari.
petang.
dadaku berdegup laju. namun ku lupa seketika mimpi menyiksa. keluar sendiri memenuhi keperluan diri. sedang hati ini entah di mana pergi. ku toleh kiri, bayanganmu berlalu. ku toleh kanan, bagaikan bayangmu di situ. adil kah situasi aku? kenapa? setiap detik hanya kamu menjadi raja?
malam.
dadaku masih berdegup laju. senyap. sunyi. tersentap dengan insiden tadi.
kau.
insan yang tiada dalam mimpi.
itu bukti bahawa hanya engkau yang mampu buat aku.
tapi bila aku? kau sama saja dengan insan yang lagi satu.
selalu menghukum sebelum tahu perkara sebenar.
selalu buat aku hina.
selalu buat aku bagai tiada rasa.
selalu ajar aku supaya pandai buat-buat lupa.
engkau.
kau.
aku ingat sampai bila-bila!
![]() |
untuk insan yang menghiasi mimpi malam tadi,
izinkan aku cemburu.
bila datangnya waktu kau tak perlukan aku.
bila datangnya waktu kau gembira tanpa ada aku.
bila datangnya waktu hanya aku yang menanggung rindu.
bila datangnya waktu kau benar-benar tak mahu memandangku.
tolong.
halalkan airmata ini mengalir laju.
aku tak kuat lagi bertemu dengan orang yang paling kurindu.
aku takut.
tingkah warasku hilang kerna terlalu memendam rindu.
aku cuma berharap.
aku mampu menjadi orang seperti engkau.
yang berjaya pulih dari sengsara.
yang kumpul semangat dari derita.
dan hidup seperti orang biasa.
doakan aku.
dan tolong semua.
bagi semangat aku untuk hidup.
![]() |
its right. |
*** semalam ku bermimpi.
mungkin selamanya aku menjadi perindu sepi.
dan kini. dadaku masih berdegup laju.
No comments:
Post a Comment