Sunday, 28 October 2012

Asa yang Kian Rapuh


kisah seorang "brokenhearted".



* deep in my heart, it beats up your name

resah. macam lain macam saja hidup Mawar sekarang. sejak diakhiri episod cinta sejati. seperti ada yang kurang. bukan kurang makan. bukan kurang wang. Mawar jauhari benar apa yang kurang. cuma bakat lakonan yang dimilikinya selama ini di praktikkan dalam kehidupan sebenar. mungkin dia berjaya di hadapan insan-insan yang tidak sepenuhnya tahu kisah hidupnya. Mawar hanya mampu meluah sakit di kepalanya kepada mereka sahaja. selebihnya? disimpan di hati. hanya Allah sahaja yang mengerti.


* tuhan, tolong aku.

puas di ukir senyuman paling manis. masih belum cukup rasanya.
puas di hilai gelak tawa mengurai. masih lagi aneh nadanya. 
puas di orak langkah berani lagi yakin. masih jua kelihatan canggung corak tapaknya. 
segalanya sudah puas. dirinya masih lagi kekal berkeadaan begitu.

* aku hanya manusia yang bernafas, namun hati ini sudah lama dibiar lemas


migrain Mawar datang lagi dan lagi. lupa pula bawa bekalan dari doktor. pil yang berwarna kuning, kecil saiznya. sekali makan, dengan izin Allah pasti kembali sedia kala. tapi saat itu memang tiada. hanya bergantung dengan ubat yang sedia ada di situ. berkesan atau tidak, itu belakang cerita. yang penting, ada usaha menghentikan denyutan ganas di sebelah kepala. ingin dihentikan segalanya. biar tiada lagi derita jiwa.

* ikut hati yang mati ini. ingin ditelan semua sekali.

tenang. bagai di awangan. dirinya rasa bebas. sekelilingnya indah. punya flora dan fauna yang mesra di mata. anak-anak kecil menari dan menyanyi sambil ketawa riang sekali. terletus tawanya dalam hati. jika dilihat wajahnya kini senyum, seluruh alam berhenti dari bermurung. perlahan-lahan dia turun ke bumi. mengorak langkah dengan berhati-hati. sepi. rupanya mereka merai jejaka idaman hati yang lama dinanti. di hulur tangan ke arah Mawar. sukar dipercaya namun di capai tangan gagah itu. kejap pegangan mereka. bertukar senyuman. saling bertatapan, mereka terbang tinggi ke awan. menjauh. jauh. jauh. jauh. hitam.


Orang ramai. keluarga. sanak saudara. teman-teman. kecuali dia. jejaka yang menghancurkan hatinya.
"Mawar! Mawar! bangun Mawar. jangan tinggalkan kami Mawar.. bangun.."
tangis mereka mengakhiri cerita.





Mawar merah yang ku cium,
ternyata menusuk dan beracun,
wanginya menyenangkan hatiku,
membuatku tak keruan.

.....

matilah kau,
didalam hatiku.
bawa pergi saja dirimu,
sampai ke dasar lautan


matilah kau
 bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
semoga dapat bahagia, 


berharaplah...




*** membunuh diri itu berdosa. tak cium bau syurga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...