"dulu aku sendiri...
kini masih sendiri..."
hmm..macam tulah hidupku..masih sendiri...
tapi,
tak bermakna aku sepi
tak bermakna aku sunyi
tak bermakna aku seorang diri
PEACE!! |
aku mampu temani diri aku sendiri
aku mampu gembira tanpa teman baru
aku tahu aku tak perlu yang itu
sebab bila berdua, rasa gembira itu terus jadi palsu
aku tahu hati aku penat merintih sepi
aku sedar badanku dah tak kuat lagi
air mata aku dah tak cergas lagi
jiwa aku pun dah berkali-kali dikhianati
jiwa,
maafkan aku
aku berkali-kali menipu
aku berkali-kali merayu
bahawa inilah cinta terakhirku
puas aku menyedapkanmu
tetap juga berakhir dengan sendu
maaf
maaf mata,
kerana terpaksa melihat, gigih berair mata dan paling selalu tersiksa
maaf bibir,
kerana terpaksa menggunakanmu untuk menzahir rasa kecewa
maaf telinga,
kerana terpaksa mendengar perkara yang kau tak mahu dengar gemanya
maaf tangan,
kerana terpaksa menggunakanmu untuk meluah rasa sakit dijiwa
maaf perut,
kerana kau disiksa kala aku meluah rasa
maaf kaki,
kerana terpaksa berlari jauh. jauh. jauh dari diri aku sebenar
maaf
maaf semuanya
aku janji
bila tiba masanya nanti
aku suruh orang itu berjanji
janji yang benar
janji seorang muslim sejati
malah aku paksa dia berjanji
dengan setiap anggotaku
supaya tidak dilayan lagi seperti DULU.
***MAAF
No comments:
Post a Comment