Teddy itu perempuan, Bear itu lelaki
Tuhan, jagakan dia
Dia kekasihku
Kan tetap milikku
Aku sungguh menyayangi sungguh mencintai
Berkali-kali lagu
itu diulang teddy. Bagaikan satu kewajipan, lagu itu mesti didengarnya sekurang-kurangnya
sekali sehari meskipun agak kelewatan. Maklumlah lagu pemberian insan pilihan.
Sambil memeluk bantal berbentuk hati pemberian teman ketika hari jadi, air
matanya mengalir di pipi. Difikirannya hanya figura maskulin jejaka yang
Berjaya mencuri hati, namun sering mencorak luka yang pasti. Sakit.
“kenapa Bear tak
perasan aku terasa tadi? Huk. Bear berikrar hanya aku dihati tapi mengapa
setiap hari begini?“
“lagu ni, bukti
Bear sayang aku. Bear mahu tuhan jaga aku walau dimana saja langkahku. Tapi
hati aku?”
Mungkin tika ini
Bear sedang dibuai mimpi yang lena. Dia
seorang lelaki yang biasa. Cuma teddy dan Bear seolah dicipta punya perasaan
serupa. Ingin memiliki dan dimiliki dua jiwa. Lalu ditakdirkan mereka berpasangan
bagai adam dan hawa. Atas alasan punya latar belakang yang berbeza, mereka sering
berjumpa dan bersengketa. Pada Bear mungkin perkara biasa. Tapi pada Teddy,
hatinya cukup tersiksa. Pada Bear rajuk Teddy sangat mengada-ngada. Biarkan
saja. Sikit-sikit terasa. Ajarkan saja wanita ini biar tak terbiasa dimanja.
Melatih menjadi wanita ini matang agaknya. Pada Teddy pula, dia mahu kepastian yang nyata. Rajuk itu
memang sudah makanan seorang wanita. Dia cuma ingin perhatian dari insan yang
di puja. Perhatian yang melambangkan cinta. Bukan kah itu lumrah kemahuan dua insan
yang bercinta?
Tiga empat bulan
pertama berasakkan perasaan luaran dan dalaman. Rupanya Bear mahu Teddy menjadi
wanita impian. Bukan perempuan yang kebudak-budakkan. Tidak lagi membuat
perkara yang bukan-bukan. Mulanya Teddy rasa tertekan. Di fikir-fikir ada baiknya jika berlaku perubahan. Hasrat
hati Bear, Teddy tunaikan. Teddy tidak lagi bertingkah bagai mencari perhatian
rakan. Malah tidak lagi ramah dengan
kawan-kawan sepermainan. Segala sifat asalnya disimpan.
Niat aku hanya
satu. Agar perhatian Bear terhadap aku kian menggebu. Tidak dihiraukan mereka
yang berkerut dahi hingga ke dagu. Aku pilih dia dalam hidupku. Aku hanya mahu
dia sedar kehadiranku! Dan melayan aku seperti permaisuri idaman kalbu! Jerit
hati Teddy tanpa jemu.
Perbincangan
seminggu sekali dilakukan. Yalah, bergaduh sudah menjadi acara mingguan. Rakan-rakan
yang memandang hanya menggeleng dan diamkan. Mungkin mereka kasihan. Atau
mungkin juga mereka dah bosan. Bosan
dengan nasihat yang sama dikeluarkan. Bosan muka yang tawar kemasaman. Makin
dibiarkan. Perkara yang sama tetap selalu digaduhkan. Apakah bear yang sengaja
mahu berlawan? Atau Teddy yang terlalu memasang tinggi harapan?
Jika ditanya
Teddy sejujurnya pernahkah mereka bahagia. Jawapannya Iya. Tipulah jika Bear
tidak pernah membahagiakan kekasihnya. Cuma bahagia mereka bagai sekelip mata.
Sekejap saja rasanya. Teddy pernah berdoa agar waktu dihentikan agar mereka
tetap bersama setiap masa. Masa yang panjang dan lama. Bersama tawa dan senyuman
gembira. Tiada langsung tercalit duka. Bukan sesaat dua seperti biasa. Itu
doanya setiap masa. Kerana dia percaya harinya akan tiba. Hanya mengambil masa.
Tapi benarlah
adat manusia ada tahap kesabaraannya. Teddy bertanya. Sampai bila mahu memendam
rasa? Dan sentiasa memujuk sendiri hati yang terluka? Kini Teddy bertindak
untuk kalis rasa bahagianya. Maaf, bukannya dia sengaja. Sememangnya itu bukan
dirinya. Tapi setelah sekian lama dia mencuba. Hingga Sembilan bulan tersiksa
dengan perkara yang sama. Perhatian Bear tetap tiada beza. Dia rasa adalah adil
untuk Bear tahu dia punya ego wanita. Ego wanita yang dicampur dendam kisah
lama. Yang lelaki walaupun berbeza-beza. Mereka tetap meninggalkan parut dalam
yang tiada ubatnya.
Bagi Teddy inilah
tindakan paling kejam pernah dia buat. Hatinya sudah tak larat. Jiwa nya rapuh
tak kuat. Bear seringkali menguji dengan tindakan dan perlakuan tersurat dan
tersirat.
Namun Teddy tahu
dia menipu. Teddy sedar hanya Bear yang mampu. Dia menyiksa hatinya dengan
membisu. Dia tahu dia rindu. Rindu setiap kali tak bertemu. Setiap kali tidur
dia pilu. Sayangnya pada Bear tetap seperti dulu. Cintanya hanya pada Bear yang
satu. Makin bertambah sebenarnya Cuma dia buat tak tahu. Maafkanku sayangku.
Kau mengajar aku erti tipu. Sayangku padamu tak pernah jemu. Cuma aku, ingin
kau tahu. Setiap perbuatanku ada maksud yang tertentu. Terang Teddy dalam
kalbu. Tak terlepas kerana Teddy pura-pura tak mengaku. Tapi itulah yang
sebenarnya berlaku.
Diam tak diam ego
Teddy semakin melimpah. Yalah,sakit hati yang tak terluah. Lalu Teddy
memutuskan untuk berpisah. Supaya masing-masing menyesal tak sudah. Bijaknya
Bear punya seribu satu langkah. Bear tetap tidak memujuk Teddy yang pasrah.
Namun Bear melakukan aksi melambangkan cintanya terhadap Teddy yang
mencurah-curah. Mata hati Teddy sedikit terbuka namun dia menyampah. Mana tak
nya, Bear sanggup menggadaikan diri dan menyerah. Teddy benci kerana Bear
membuat perkara yang entah-entah. Niat Bear rupanya mahu tahu masih adakah
sayang di hati Teddy yang marah. Tahu tak Bear yang tindakan Bear buat Teddy
resah? Resah dan bimbang ini bukan bermakna sayangkah???
Jadi, pengakhiran
kisah ini bagai tergantung tak bertali. Masing-masing memerlukan tapi penuh
dengan ego di hati. Setiap kali bergaduh, masing-masing tak mahu mengakui
kesilapan diri. Kononnya mengharap begini tapi lain pula yang jadi. Bagaimana penghujung
kisah ini penulis pun tak pasti. Doakan sahajalah mereka punya penyelesaian untuk
setiap masalah yang dialami. Harap-harapnya ending cinta mereka semuanya “happy”.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di entri selepas ini.
*** ini kisah
lebih memihak kepada wanita. Pihak lelaki mungkin ada alasan yang berbeza. Yalah,
mereka punya ego juga. Takkanlah mahu kalah dengan yang lemah, kerdil, dan
hina pula.
No comments:
Post a Comment