malu.
sebenarnya itulah yang aku rasa. pada mulanya aku sorok idea pembikinan blog ini dari mereka. bimbang digelakkan hasil karya aku yang tak seberapa. tapi biasalah, kentut disimpan-simpan pun lama-lama orang cium baunya. aku tak gemar mereka syak yang entah apa-apa. lagi pula, dia saja lah kawan yang aku ada. janji aku, kaulah yang pertama yang akan tahu ku punya rahsia.
sudah tiba hari yang dijanji. buku notanya aku ambil sesuka hati. ku tulis alamat blog ku sendiri. senyuman manis diberi. katanya tak sabar nak tengok balik nanti.
![]() |
doakan kami bersahabat sampai bila-bila ya |
selesai menyinggah blog yang masih baru. dia beri pujian kepadaku. entah ikhlas atau tidak aku tak tahu. tapi aku tahu muka dia bila tipu. atau jaga hati aku.
yang pasti, semangat ku melangit tinggi.tak sangka punya sahabat yang begitu memahami. dia mahu baca cerita aku lagi. padahal dia lah yang paling tahu kisahku sebelum sempat ku kongsi di blog ini.
![]() |
huh! mesti! |
di luar blog, aku bukan jenis berbahasa sebegini. ini cuma kelainan yang aku cuba tonjolkan dan berharap diterima orang ramai.
*** sebenarnya...ada lagi orang yang patut tahu kewujudan blog ini tapi aku belum bersedia hebahkan. mungkin suatu hari nanti. biarlah Allah yang tentukan. Harapan aku, blog ini memberi seribu erti.
No comments:
Post a Comment