Cinta
Andai dibutir haluskan
Dan dicerakin menjadi kata lain
Aku gagal
Cintaku umpama coklat
Aku jauhari akan kesannya bila ia berlebihan
Namun tetap ku beli
Dan ku kumpul
Ya, aku himpun semuanya
Pelbagai jenis dan harga
Manisnya coklat itu umpama kebahagiaan yang manusia idamkan
Bila terselit di gigi dan comot di pipi segera ku hilangkan
Tapi aku cepat muak selepas beberapa suapan
Memikirkan lemak aku akan berganda beberapa kati
kusimpan dalam peti
Tapi aku lupa
Coklatku banyak peminatnya
Semut, lipas dan cicak antara sainganku yang ketara
Kononnya ingin membandingkan coklat semalam ku rasa
Enak, rasa susunya banyak, namun sedikit berminyak
Mungkin kualiti coklat itu tak setanding coklat masyhur di khalayak
Tak mengapalah
Sekurang kurangnya coklat kedua ini tak muak
Malah ia di adun rapi bersama kacang hazel yang aku gemari
Tapi inilah coklat buatan terakhir kilang itu sebelum ia berpindah terbang tinggi
Jauh destinasinya terlalu jauh
Untuk mendapatkannya ambil masa bukan sehari dua, pasti jenuh
Lalu ku simpan sampulnya buat kenangan yang utuh
Jika pasarannya sampai ke tempatku pasti akan ku beli
Tapi bonda ku melarang aku beli lagi
Katanya halalnya meragukan sama sekali
Aku mengangguk pasrah di sudut hati
mencari coklat yang lebih kurang perasanya
tapi lain jenama
tapi lain jenama
tiada
Cuma ada satu coklat itu selalu keluar dalam iklan
kali ini halalnya sebesar alam, membangkit senyuman
tanpa was was aku ambil enam sebelum kehabisan
biar satu family ku menikmatinya bersama harapan
kata mak, kurang manis tapi janganlah selalu makan
kata abah, boleh makan, tapi jangan lupa gosok gigi
kata aan, macam mane tiba tiba kau boleh telan coklat jenis ni?
kata amin, kalau coklat ni makin tawar, lupakan
yalah, harga gula makin mahal sekarang kan
tapi aku percaya coklat ini istimewa tiada bandingan
syarikat coklat tu kata coklat ini tak mungkin menghampakan pelanggan
berharap, mungkin, sampai bila bila inilah coklat kegemaran
hari seterusnya saat kusedar bekalan coklat itu semakin surut
aku ke pasar raya yang sama keningku berkerut
jantungku bagai dijerut, nafas tersangkut
kemudian aku ke tempat lain, carianku berjaya
segera ku buka bungkusan coklat itu serta merta
terkejut, bukan seperti yang ku sangka
coklat itu tumbuh bintik bintik putih, fungus agaknya
ku sedapkan hati, mungkin bukan
pejam mata, ku telan cebisan demi cebisan
benar, ia bukan seperti yang dihebohkan di iklan
semakin kecil, tawar, warnanya jijik, bau hapak, tak seindah luaran
tanpa bicara, aku buang kesemua coklat yang ada dari simpanan
semuanya, tiada langsung yang terkecuali
ku putuskan untuk tidak menggemari coklat lagi
family ku tahu kisahku yang itu, mereka simpati
aku jadi kesal, tiada lagi coklat di hati
bila bicara dengan rakan, saudara, juga teman halaman buku
ku ungkit kisahku dengan coklat jahanam itu
aku seru mereka supaya boikot coklat jenis yang sama, sekali dengan kilangnya
mereka kurang pasti mulanya
bilaku pamer bukti bukti kebangsatan yang maha
mereka tidak menggeleng
malah tenaga caci maki mereka digembeleng
mereka di pihakku, aku senyum puas
aku lebarkan sayap kebencianku secara meluas
supaya ditutup kilang coklat pendusta itu dengan pantas
biar semua tahu yang aku tak mudah ditewas
agak lama aku tidak memenuhkan deria rasa ku dengan cokelat
menimbulkan wajah yang cukup kelat
perut ku mula merengek minta di isi manisan hebat
bukan gula gula, bukan ais krim, juga bukan cendol boy yang santannya pekat
perutku mahu coklat
mungkin terbiasa dengan unsur “kongsikan keriangan bersama”
seperti yang di mewahkan oleh Cadbury sebagai tagline setiap keluarannya
mengikut sejarah ia coklat yang sahabat lama ku gemari
kini setelah sekian lama dia kembali
lagaknya seperti bertanya masih adakah celah di hati
pernah meluah namun langkah seterusnya tak berani memula
dengan wajah baru yang lebih matang dan mengikut edaran semasa
ku tertarik, terus meminta “tester” dari abang mark zuckergberg (tak reti eja)
ceria hatiku bila perisa itu buat selera ku kepada coklat kembali terbuka
lantas ku hubungi abang mark zurkerberg untuk membeli sedozen
biar aku kenyang dengan limpahan koko coklat zaman kecil dua biji sepuluh sen
malang, abang tu kata coklat tu ekslusif, tiada yang lain
kalau aku mahu, aku perlu ke kilangnya sendiri
ia bukan coklat yang dipamer di pasar raya bukan juga jual di lori
aku tetap mahu!
Tanpa sedar aku berlari
Tapi oleh kerana terlalu misteri
Ku kubur hasrat hati
Memujuk perut agar bersabar dan tak perlu terlalu beria
Takut kisah lama terulang semula
Tipulah jika ku bilang tanpa coklat aku gembira
Pujukku coklat dari mak abah pasti lebih istimewa
Biar mereka pilihkan coklat yang pantas untukku
Biar lama kutunggu
Biar kurus perutku
Asal coklat tak membutakan mata, dan akal nafsu yang menipu
Semakin aku undur
Ada juga coklat menegur
Bijaknya aku tak mudah tersungkur
Bukan angkuh tapi gusar bertemu lagi si tidak jujur
Tanpa sedar ego ku terhadap coklat belum terkubur
Setiap detik ego tertambah tak pernah mahu terlanjur
Hingga ku bertemu coklat unik
Mulanya aku langsung tak tertarik
Bila ku belek belek ramai pandang pelik
Pandangan mereka berharap agar aku buat pilihan lebih baik
Pandanganku?
Coklat ini punya sesuatu
Bagiku apa salahnya kerana ia luarbiasa
Sampul luarnya cukup berbeza
Tak ramai yang suka
Kalau ikutkan hati aku juga turut sama sekepala dengan mereka
Tapi coklat ini tak berdosa
Malah bilaku lihat penggemarnya juga bahagia seperti orang biasa
Aku mencuba
Walau jauh disudut hati, aku bersedia untuk kecewa dengan perisanya
Bercampur kacang hazel menjadi pilihan utama
Lalu ku buka
Peliknya ia tak manis dan agak pahit
Kata orang, ia kurang susunya dan cepat melekit
Aku kurang gemar kerana di gigi ku ia seringkali terselit
Bila gusi ku terluka, ku biar tak berjahit
Berkali kali buat ulser tumbuh sikit demi sedikit
Lama lama baiklah tu, hati ku jerit
Hingga kini gigi aku sering sakit
Di perut juga teriak perit
Aku degil, aku tetap beli coklat tu lagi
Paksa ku inilah pilihan terakhir kali
Coklat ini coklat semulajadi
Aku ketagih dengannya tanpa ku sedari
Bila tak makan sehari sedih rasa di hati
Rindu mungkin perkataan yang paling serasi
Mak abah dah rasa dan mereka tersenyum sendiri
Aan kata suka dan sarankan aku beli kilangnya sendiri
Mengarutlah kerana aku sedar diri
Kalau ia tak memberi seribu erti
Untuk apa aku masih gemari
Kini
Sewaktu aku tulis entry ini
Aku masih menggemari coklat yang menyiksa hati
Bagaimana harus ku simpulkan?
Cinta aku bukan suatu permainan
Tapi jika masih lagi tiada perubahan
Perlahan demi perlahan
Aku patut membuat keputusan
Sama ada bertahan
No comments:
Post a Comment