indahnya percintaan jika tak disulami kesakitan
awak, ya, awak yang saya sayangi awak tahu tak hanya awak yang saya ingati? setiap detik dan hari tapi awak tak pernah bosan menyakiti hati ini
awak, awak bilang sayang pada saya kenapa ini yang saya terima? inikah tanda sebenar-benar cinta? atau hanya saya saja yang beriya?
awak, apa lagi yang awak mahu? selama ini saya cuba apa yang saya mampu katakanlah kepadaku segeralah sebelum telah sampai waktu terlewat itu
awak, bukan niat mengungkit tapi jiwa ini perit hati awak sekeras konkrit atau sebenarnya awak ni memang sakit?
awak, tolonglah bagi peluang saya meluah tolonglah dengar dan berubah
awak, tahu tak sebab awak saya hilang senyum? awak ni jenis cepat menghukum jelaskan keadaan pun belum
awak terus keluarkan kata-kata busuk semerbak harum
awak,
saya ada satu soalan
benarkah saya ini yang awak mahukan?
saya redha dengan apa jua keputusan
cuma ada sedikit pesanan
tolong jangan buat lagi benda yang bukan-bukan
jaga kesihatan
ubat jangan lupa makan
semoga berjumpa insan pilihan
tolong jangan buat dia tertekan
cukuplah saya satu-satunya insan
yang ditakdirkan selalu disakitkan
jika sampai sekarang awak masih biarkan
saya kesepian
dan keseorangan
menahan kepedihan
luaran dan dalaman
dan bila saya sudah betul-betul tidak tahan
maaf...
kita tidak lagi sehaluan.

*** salam perpisahan, sayang... ***
|
No comments:
Post a Comment