andai suatu hari nanti.
ditakdirkan aku perlu menunggu.
aku akan tunggu.
sebab bukan pertama kali aku pernah menunggu.
biarlah tak sepasti hari semalam.
sekurang-kurangnya aku tahu.
menunggu saat yang tertentu.
mungkin bagi dia menunggu itu perkara biasa.
di situlah terserlah kehebatan dia.
kerana sanggup menunggu dalam waktu yang lama.
sekarang masanya masih belum tiba.
untuk aku benar-benar yakin.
dengan jawapan bagi soalan yang bakal diberikan.
apakah penantiannya itu berbaloi.
nafas ditarik sedalam-dalamnya.
jawapan untuk itu masih kosong.
kerana ragu itu masih beraja.
sakit itu masih berbisa.
luka itu masih terbuka.
cuma kali ini.
aku akan lebih berhati-hati.
ya, mungkin sekali aku akan jawap itu kepadanya.
atau mungkin sekali aku akan menghampakannya.
kerana Allah itu maha bijaksana.
hanya akan memberi rezeki hanya kepada yang berusaha.
terpulang kepada Nya.
mahu mentafsirkan tunggu itu sebagai sebuah pengorbanan.
dan usaha yang berterusan.
atau sebagai pembuangan waktu yang tak ternilai.
thanks heartbreak! |
*** tapi kalau ikut hati yang berseri. ingin sekali aku...err.... =)
No comments:
Post a Comment