Saturday, 5 January 2013

tahun baru 2013 untuk aku!


AZAM TAHUN BARU 2013


("bertemu jodoh" > "tunang 2014" > "kahwin 2016")

aku berangan...boleh???

alasan?

dah berkali-kali mencuba. tetap gagal dalam bercinta. kali ni aku menunggu Allah pertemukan aku dengan insan yang betul-betul dicipta untukku.

kenapa aku lebih memikirkan soal jodoh?

mungkin. sudah tiba masa untuk aku ditemani. dan aku begitu teringin menjaga seseorang yang halal buatku. dan aku ingin dihargai sebagaimana abah dan makku menghargai kehadiran masing-masing dalam kehidupan mereka. aku bangga kerana diperlihatkan contoh yang begitu "sweet" hingga buat aku percaya cinta mereka kekal abadi. aku doakan cinta mereka hingga ke syurga,amin. aku, aku inginkan kebahagiaan itu. aku tahu aku mungkin terlalu memasang tinggi impian. cuma salahkah aku memohon kemanisan dalam hidup sendiri? siapa yang tak mahu kebahagiaan?


ini dia mak abah aku! sweet kan?
semoga jodoh mereka hingga ke syurga!




nota :
andai satu hari blog ini masih wujud ketika zaman aku sudah berumahtangga, aku mahu suamiku tahu, aku penat menderita hanya untuk menunggu dia tiba. dan terima kasih. kerana sudi menerima sekeping hati yang sudah berkali-kali berderai. cuma aku mohon agar sang suamiku nanti memberi sinaran baru yang menukar mood blog ini menjadi lebih bahagia. bahagia yang sebenar bersama redha Ilahi. 




2013 - i'm got to be strong. but don't get me wrong. i just need some place to put me and myself along.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...