Tuesday, 22 January 2013

Dan sebenarnya...

"dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku..."

so many thoughts, many memories, just for one person.
okay. this is what we called "rindu"

setiap masa jika ku berjeda, kau pasti di minda,
setiap masa jika ku bermimpi, kau saja di ruang mata,
setiap masa jika ku berjaga, kau tentu menanti di sana.




kenapa ya? 
andai benar itu cinta,
mengapa harus dibalas luka,
aku tak mahu lagi tersiksa,
sumpah sakit jawapannya.
andai cinta sejati itu masih wujud,
tunjukkan aku biar aku berjumpa dengannya!


hati    : aku mahu rehat!

minda : aku mahu dia!

hati    : aku perlu masa untuk pulih.

cinta  : aku masih milik dia. pulangkan aku kepadanya!

rindu  : dia. dia. dia. hanya dia.

cinta  : mampukah kau cari kemanisan semalam. aku tahu kau tipu diri sendiri bukan?

hati    : tidak. aku sudah puas dibuli oleh cinta dia. aku takkan kembali lagi.

minda : diri aku penuh dia saja. kau mampu cari pengganti nya? yang lebih baik? kau berani jamin?

hati     : manis? kau kata manis? mana manisnya? kemanisan itu cuma nafsu semata! aku mahu cinta yang benar-benar suci dan halal di mataNya. aku mahu rinduku dibalas seperti insan yang haus diberi selaut minuman. agar tak pernah sedikit pun luak walau seribu tahun mendatang. aku baru pulih dan aku tak mungkin pulang.

minda, cinta & rindu : baiklah. kami beri kamu masa. kami tahu kau ada menunggu seseorang. dan tiba pula manusia "perenung dari jauh"..kami tahu...kau perlu ruang untuk memilih...tak mengapa..kami benarkan. jaga hati. kami perlukan kamu untuk membahagiakan pemilik tubuh ini. 

aku : aku mahu formatkan kembali diriku. aku mahu pulang kepadaNya. benar-benar pulang. Allah, bantu aku!




*** sebenarnya diriku masih mengharapkanmu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...