Saturday, 26 January 2013

P:S:I:K:O


peristiwa terjadi pada rabu malam, 23 januari 2013


Dari satu teguran di laman muka buku
Aku bertanya khabar kepada sahabat lamaku
Di situ aku selit persoalan satu satu
Dengan sengaja aku bertanya
Bila mahu mendirikan rumah tangga
Jawapnya bila-bila saja
Masing-masing sudah bersedia
Cuma perlu tunggu sesuainya masa

Bangkit cemburu di hati
Lantas aku sekadar berbasa basi
Bertanya “tak kesiankah engkau melihat aku masih sendiri?”
Segera dia tawarkan rakannya yang sedang mencari

Air muka manusia itu tidaklah tampan
‘baik’ dan ‘ustaz’ dapatlah aku simpulkan
Sedar tak sedar dia sudah mengambil satu langkah ke depan
Dengan menambah aku sebagai rakan

Aku menerimanya sekadar mahu mencuba
Mana tahu mungkin Allah simpan aku untuknya
Dalam hati sumpah, tak terasa apa-apa
Berdebar? Suka? Semua tiada
Cuma ingin mengenali siapa dia sahaja

Dia meminta nombor telefon aku
Entah mengapa perasaan jadi tak menentu
Gayanya seperti terdesak, buat aku mati kutu
Sahabatku kata, jangan menilai dari muka dahulu
Cuba sahaja, mana tahu memang itu jodohku

Tapi bila aku semakin melayan
Dia jadi lebih dari jangkauan
Sifat ustaz, muka baiknya bukanlah jaminan
Dia buat aku benar-benar tak keruan
Belum apa-apa dia memasang impian
Yang pastinya, kerana dia tidak mahu lama tempoh berkawan
Dia meminta aku supaya menanti hingga tahun depan
Atau jikaku tak sabar, saat itu juga dia datang pontian

Dalam kurang 24 jam putaran masa
Sudah mengecop aku ini dia punya
Benar, dia punya segalanya
Kereta, wang ringgit, ilmu, juga agama
Tapi perkenalan yang terlalu singkat buat aku tertanya-tanya

Benarkah apa yang sedang aku buat?
Kenapa ketika berbicara dengannya aku jadi meluat?
Kenapa dia layan aku macam aku ni perempuan tak berdarjat?

Mana ke “ustaz”annya?  Mana? Mana? mana?

Mungkin benar apa ku fikir
Lelaki semua hanya memandang zahir
Nafsu bukanlah di tempat yang terakhir

Ini baru aku layan sebagai kawan
Tak ubah seperti aku layan pakcik penjual ikan
Sudah bergurau yang bukan-bukan

Mungkin
Mungkin dia fikir ini gurauan
Gurauan untuk bujang yang memang sudah bersedia untuk berteman
Cumanya tiada yang sudi, dia jadi kesepian
Bila datang wanita yang difikirnya juga kesunyian
Lantas di bualkan topik yang aku memang “reject” awal-awal

Entahlah
Mungkin hati aku belum lagi terbuka
Luka aku cukup besar
Lebih tepat, aku sebenarnya fobia
Masih menunggu tanda dari yang maha esa
Agar aku dapat lupakan segalanya
Dan buku baru dapatku buka
Saat ini, masih belum tiba masanya

Jadi
Aku tak perlu terburu-buru
Biarlah aku jadi andartu
Sekalipun begitu, aku tahu mana nak cari bahagiaku
Azam aku?
Biarlah masa jadi penentu.

Dahsyat rupanya cinta
Aku fikir inilah yang paling buatku derita
Masih terkenang cinta lama
Hingga buat aku takut nak bercinta

------------------------------------------------------------------------

Aku tak mengerti apa sebenarnya cinta lamaku buat
Hingga ingatan terhadapnya begitu kuat


Benarlah...
Dia Berjaya dalam “psikology’
Beri aku kesan hingga kini
Buat aku gila seorang diri
Buat aku derita, tak percaya diri
Buat aku tercari-cari mana hilangnya ‘aku’ sebelum ini
Buat impian aku takkan jadi realiti
Buat aku menjerit histeria tak sedarkan diri
Buat aku soal jawab dalam hati
Buat aku ingin bunuh diri!

Kau!

Kauuu!!!

Kau punca aku begini!!!
 


*** tahniah anak Osman, kau berjaya bunuh kepercayaan aku terhadap lelaki.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...