Sunday, 16 February 2014

surat khabar percuma



hati ini banyak kali dilukai. bukanlah berjuta kali. tapi yang pasti memang banyak kali. jika ditawar menjadi penulis novel, mungkin namaku disanjung tinggi.  kerana cerita duka itu sentiasa ada. hingga buat diri ini serik mencuba dalam bercinta. namun kehadiran dia, banyak kali mengusik nurani. benarlah cinta itu punya banyak erti. dan tipulah jika tiada kekurangan diri. hari demi hari, kecacatan itu dibaiki. lantas ditutup segala segala daki.


itu permulaan. atau lebih indah, epilog kisah yang bakal kuceritakan nanti. ini adalah situasi yang mungkin, menjadi bukti, jika suatu hari nanti aku terhantuk dinding dan terlupa, inilah cara buat aku sedar bahawa dia adalah pencarian terakhir maha karya cinta .


forever, heart, letters, love, paper - inspiring picture on Favim.com


surat khabar percuma


hingar bingar suasana, tiba-tiba datang pemuda menghulurkan surat khabar percuma. semua orang tahu, surat khabar kelak akan menjadi benda yang tak bermakna akhirnya. aku pun berfikiran yang sama. lalu ku tolak pemberiannya kerana aku sedang menunggu seseorang untuk berjumpa. dan aku tahu surat khabar itu aku takkan baca dan jika ku ambil, ia hanya akan menjadi hiasan untuk dipegang ke mana-mana.

lalu muncul insan yang kutunggu. aku berdoa, dia tak menguji kesabaranku hari itu. namun, meleset kerana dia menerima pemberian surat khabar percuma. aku hanya menggeleng kepala dan membebel macam biasa. dia? diam itu memang sifatnya.

kami berjalan. dan akhirnya mahu pulang. dalam perjalanan, hujan turun selebatnya. aku berkira-kira mahu terus berjalan atau tidak. melihatnya laju berjalan, aku teruskan.

Dia : tengok, ada jugak gunanya ambil surat khabar tadi tau.

pantas dia bertindak membuka surat khabar tersebut dan memayungi kepalaku. agak terkedu. namun ku simpan perasaan itu dengan mencebik. dalam hati, kuberjanji mahu cerita pada dunia apa yang terjadi hari itu. buktinya? kutulis di sini. boleh di baca oleh penduduk Norway yang mungkin pandai berbahasa melayu.

kelakar sebenarnya jika diingat semula. benar kata orang, apa yang kaum hawa fikir, belum tentu sama dengan kaum adam.



nota kaki : sungguh, dialah orangnya. oh Allah, tolonglah permudahkan agar kami bersama hingga selamanya. amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...