sungguh. tak tipu. ia selalu berman dimindaku. perasaan puas tiap kali entry ku buat berjaya di post satu persatu. sedikitpun aku tak kejar popular tak menentu. niatku cuma ingin luahkan apa yang terbuku. nak luah kat laman buku? sangat tak sesuai dengan usiaku. aku tak mahu tergolong dalam manusia yang inginkan kehidupannya dilihat sempurna hingga buatkan semua insan terpaku.
ginilah. hidup aku sebenarnya biasa. cuma aku suka kongsi tatkala suka atau duka. ketika aku rasa aku perlu peluang untuk bicara. bicara dengan diri sahaja. itulah blog aku ini dipanggil rempah ratus kehidupan ciptaannya. lebih kepada luahan rasa. yang mungkin tiada orang yang baca. itu lagi aku suka.
jauh di sudut hati. blog ini pilihan aku sendiri. lalu aku harap aku punya waktu untuk berkongsi. aku berangan banyak kali. jika ku rajin sedikit pasti blog ini sudah banyak entry. tak salah jika mahu asah bakat sendiri. sedari kecil ku sedar aku punya minat dalam penulisan dari hati.

kerana bukan sekali aku kantoi dengan mak yang punya diari. yang aku sorok dalam laci. kalau aku ingat aku bawa ke sekolah sekali. diari yang aku beli sendiri dan berwarna warni. dan ada satu berserta kunci. kuncinya di kopak oleh abangku yang dengki. tapi aku langsung tak ambil hati. aku paham sifat ingin tahu dia yang tinggi. cuma aku mahu privasi aku dihormati.
masa dah berlalu begitu laju. semua benda datang dan pergi tanpa menunggu. kesannya besar terhadap aku. lalu semua harapan ku kumpul menjadi satu. dan salah satunya, di blog sentiasa ada waktu.

*** perasaan itu sentiasa ada...
No comments:
Post a Comment