Wednesday, 19 February 2014

for "somebody that i used to know"



kami kenal kurang lebih 3 tahun. rapat mungkin setahun lebih.



kini, kurang lebih satu bulan satu minggu tak berjumpa.



mulanya tiada perasaan. ego mungkin. segala gurauan kasar dikeluarkan bagi menutup perkataan rindu. aku, tak ingin memulakan perbualan kerana ingin tahu adakah manusia itu masih mahu mencari aku. mungkin hati kami kuat, aku dicari. 


mulanya tangis ini tidak mahu dikeluarkan. mengaku diri ini sensitif, aku simpan. namun perbualan rancak membongkar rindu itu sedalamnya. ini baru kuhubungi yang satu. kalau satu lagi, mungkin mata ini seperti mata ikan emas esok hari.


jujur, lain rasanya bila kamu tiada. sifat gila kita, tak mungkin serupa dengan mereka. segala masam, pahit dan manis, cukup rasanya bila bersama. 


dengan ingatan tulus, ikhlas, 


woi, sumpah aku rindu korang!

korang ingat lagi tak? betapa susah payah nak buat bentuk love!



fuh. akhirnya berjaya gak! *ecah stim. haha

# sambil aku lap airmata ni, aku doa korang sihat dan happy saje. aku tunggu korang ajak aku jumpe niiiiii!



Sunday, 16 February 2014

surat khabar percuma



hati ini banyak kali dilukai. bukanlah berjuta kali. tapi yang pasti memang banyak kali. jika ditawar menjadi penulis novel, mungkin namaku disanjung tinggi.  kerana cerita duka itu sentiasa ada. hingga buat diri ini serik mencuba dalam bercinta. namun kehadiran dia, banyak kali mengusik nurani. benarlah cinta itu punya banyak erti. dan tipulah jika tiada kekurangan diri. hari demi hari, kecacatan itu dibaiki. lantas ditutup segala segala daki.


itu permulaan. atau lebih indah, epilog kisah yang bakal kuceritakan nanti. ini adalah situasi yang mungkin, menjadi bukti, jika suatu hari nanti aku terhantuk dinding dan terlupa, inilah cara buat aku sedar bahawa dia adalah pencarian terakhir maha karya cinta .


forever, heart, letters, love, paper - inspiring picture on Favim.com


surat khabar percuma


hingar bingar suasana, tiba-tiba datang pemuda menghulurkan surat khabar percuma. semua orang tahu, surat khabar kelak akan menjadi benda yang tak bermakna akhirnya. aku pun berfikiran yang sama. lalu ku tolak pemberiannya kerana aku sedang menunggu seseorang untuk berjumpa. dan aku tahu surat khabar itu aku takkan baca dan jika ku ambil, ia hanya akan menjadi hiasan untuk dipegang ke mana-mana.

lalu muncul insan yang kutunggu. aku berdoa, dia tak menguji kesabaranku hari itu. namun, meleset kerana dia menerima pemberian surat khabar percuma. aku hanya menggeleng kepala dan membebel macam biasa. dia? diam itu memang sifatnya.

kami berjalan. dan akhirnya mahu pulang. dalam perjalanan, hujan turun selebatnya. aku berkira-kira mahu terus berjalan atau tidak. melihatnya laju berjalan, aku teruskan.

Dia : tengok, ada jugak gunanya ambil surat khabar tadi tau.

pantas dia bertindak membuka surat khabar tersebut dan memayungi kepalaku. agak terkedu. namun ku simpan perasaan itu dengan mencebik. dalam hati, kuberjanji mahu cerita pada dunia apa yang terjadi hari itu. buktinya? kutulis di sini. boleh di baca oleh penduduk Norway yang mungkin pandai berbahasa melayu.

kelakar sebenarnya jika diingat semula. benar kata orang, apa yang kaum hawa fikir, belum tentu sama dengan kaum adam.



nota kaki : sungguh, dialah orangnya. oh Allah, tolonglah permudahkan agar kami bersama hingga selamanya. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...