ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA~
HAI KAWAN-KAWAN, KABARE? *saya orang jawa. dan saya bangga dengan kejawaan saya. d(^.^)b
baiklah. tak penting sangat pun keturunan ni semua. dunia belaka. kan? ini kerana Allah sendiri tak pernah membezakan manusia dari segi harta, darjat, keturunan dan lain-lain. yang membezakan kita, yang manusia-manusia sejagat ni, hanyalah taqwa. jadi, sejauh mana iman dan taqwa kita sebagai seorang muslim?
renung-renungkan, dan selamat beramal~ :)
wah panjang pula tazkirah kali ni. maaflah, tiada langsung niat di hati ingin memerli. cuma jauh disudut hati ini, niatku tak lain hanyalah mengingati. mengingati kepada si hamba abdi rabbi dan kepada diri sendiri. :)
ok kawan-kawan. sihat? apa pula yang kita belajar pada post kali ini ya? bunga dah...itik pun sudah...hmmm apa kata kalau kita belajar bagaimana nak menghasilkan 'butterfly fly away so high'? amboi panjang pula nama kali ini. tapi comel je kan?
ok, da ready nak belajar? dengan ucapan bismillah, jom kita mulakan!
"BUTTERFLY : FLY AWAY SO HIGH"
#1 Kawan-kawan, bahan-bahan nak menghasilkannya mudah saja. lebih kurang sama dengan bahan menghasilkan itik 'quack! quack!' tu juga. cuma, lakaran yang berbeza. inilah lakarannya. simple je kan?
#2 kemudian, gunting kain felt mengikut lakaran. adalah digalakkan untuk memilih warna yang menarik lagi tertarik! kawan-kawan, tengok pilihan warna saya, sampai itik 'quack! quack!' masok dalam gambar cuma nak cakap "wow!" je! nampak sangat menarik kan? :)
#3 saya pasti ramai macam kerut-kerut dahi je bila tengok biji mata 'butterfly fly away so high' ni. cara-cara nak buatnya senang je kawan-kawan. kita hanya perlu 2 biji butang dan kain felt. cantumkan dengan cara menjahit. siap! *err..saya tau tak berapa comel sangat...sebab kamera pun 2 mega pixel je...maaf ye! tapi saya harap kawan-kawan boleh buat k? senang je.. :)
#4 seterusnya, cantumkan macam biasa ok? gunakan gam uhu ye. :)
#5 comel je kan? gam elok-elok ok? jangan terlalu melimpah. nanti comot 'butterfly fly away so high' kita ni. :(
#6 dah siap gam? cuba lihat hasil tangan kawan-kawan dan saya ni. sama tak? kalau tak sama, buat balik! eh tak main-main je... takpela kalau tak sama...ni hanya contoh sahaja...ikut kreatviti masing-masing ya?
#7 ok kawan-kawan dah boleh terbalikkan 'butterfly fly away so high' tu. kemudian gamkan kertas padanya. lihat contoh ni ya? :)
#9 YEAY!!! SIAP! 'Butterfly fly away so high' kawan-kawan keluar bintang-bintang macam saya punya tak? tentulah tak kan? hihi... tahniah kerana mencuba! :)
* 'butterfly fly away so high' ini boleh je dilekatkan pin untuk dijadikan brooch. cantiknya bila disematkan pada tudung yang kita pakai,kan? sweet je!
* baiklah kawan-kawan, jumpa lagi di post selepas ini! jaga diri ye... >.<
No comments:
Post a Comment