Tuesday, 28 May 2013

My oh My!

ting tong! ting tong!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA~



sedar tak sedar, 
sudahpun 10 post mengenai kraftangan dari kain felt telah saya kongsikan istimewa untuk anda semua, lebih lebih lagi peminat peminat saya di kotak sebelah ni! weee~ -->

kesimpulannya,

 8 kraftangan dari kain felt telah saya kongsikan cara paling mudah untuk kawan-kawan yang comel comel semua!

apa? tak caya? 

jom! kita recap balik!

haa..ingat tak? ingat tak? 

HUHU! BEST KAN? TAK RUGI KITA CUBA TAU! 

total : lapan. sweet kan?


saya nak mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. semoga bermanfaat untuk kita semua ye!

jumpa lagi!

tapi lepas ni, tema kembali ke tema asal tau...huhu..selamat menjenguk blog saya kawan-kawan!

W A S S A L A M !



Sunday, 26 May 2013

Froggy da Bomb!

ton ton ton!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA!


siapa kat sini takut katak?
tahniah! kerana anda termasuk dalam geng saya! weee!
ok lah...
untuk post kali ni, saya membuka peluang kawan-kawan saya untuk "request" apa yang mereka ingin saya hasilkan.
maka, terselitlaa seorang kawan saya ni mintak saya hasilkan KEROPPI!
atau saya nama glamour di blog saya,

"FROGGY da BOMB!"

nak taknak, kenalah buat, sebab da terlanjur kata kan..hahaha...
tapi, katak ni comel, kata kawan saya. haa yelaah...huhu

ok jom sama-sama kita buat k!
jom kira macam biasa,
1...2...4!
eh salah. 3!!!

#1
peminat keroppi seperti kawan saya ini akan terserlah apabila casing henfonnya terdapat tampalan sticker keroppi ini..kankan? so, kita tekaplaa ye..jangan malu malu..huhu


#2
ini hasil tangan saya. anda? bagaimana? hihi


#3
kemudian saya tekapkan ke kain felt. pastikan kita sediakan 2 badan froggy da bomb ni tau!



#4
tengok matanya! saya lapiskan kain felt hitam untuk kesan lebih dramatik!


#5
kemudian kita gamkan baju dia. saya pilih merah! anda?



#6
kaki dan tangan froggy da bomb ni saya buat begini sahaja...tak rumit pon kan kawan-kawan?
bukan ini sahaja kawan-kawan, pastikan kita tampal selepas itu. blusher di pipi , mata, dan biji mata sekali ok?
tq!



#7
selepas itu, cantumkan 2 badan froggy da bomb dengan jahitan biasa. :)


#8
then, sumbatkan kapas. yelaaa...nama pun bomb kan? kenala gemok gemok..heeee... (dalam hati, geli geleman sebab terbayang katak sebenar! oh noooo!)


#9
bila siap menjahit, lihatlah hasilnyaa! puas hati betul kawan saya bila mana saya berjaya menyiapkan froggy da bomb ni..harap kawan kawan semua pun macam tu tau! 


*****
sekian!
till next time!
khabarnya post kain felt yang terakhir ya buk?
ya iyaa laaahh..huhu
jangan sedih sedih yaa!

 W A S S A L A M . . .



Friday, 24 May 2013

ohsemnye purse ini!

pon pon pon!!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA!

hmm..asyik asyik keychain and brooch je kan? 
so, 
APA KATA? 

saya ada sediakan, kali ini, julung kali, berbeza dengan apa yang telah saya berikan selama ini.

nama tajuk : OHSEMNYE PURSE INI!

bunyi macam awesome sangat kan?
hahaha...ok kawan kawan,
ohsemnye purse ini adalah dompet kecil yang saya akan reka khas untuk adik adik yang comel sangat sangat tu!
selain tu, boleh je digunakan untuk letak "name card" ke..sweet je kan?
huhu

so, apa tunggu lagi?
jom!
kita cuba!
tak cuba, tak tahu.
ini cara,
 paling laju!



#1
macam biasa, sediakan bahan bahannya. mudah saja kali ini. 


#2
kain felt ini, saya lipat dan gunting tepi dia tu bagi cantik dan kemas. 


#3
kemudian, kita jahit jelujur ye! jelujur tu mudah je. masa sekolah rendah lagi cikgu da ajar, betul tak? hati hati menjahit ye!


#4
bila sudah jahit tepi kanan dan kiri, saya nak beri tips bagi menggempakkan lagi purse ni, kawan-kawan kalau nak letak reben, da boleh letak ye...


#5
agak agak "centre" tu, kawan kawan bolehla menjahit butang. saya pilih butang warna warna merah. nyumm!


#6
cube try test, muat kan?
ok muat!
done!


#7
kemudian, terbalikkan, dan bubuhlah banyak mana pun hiasan untuk purse ini. pastikan tidak terlalu sarat tau kawan-kawan..


#8
ini hasilnyaaaa!! waw! sangat unik!




****

kawan kawan, terima kasih kerana setia, dan terus mencuba dan cuba lagi

jika masa akan datang, ada yang lagi hebat, sudah pasti saya kongsikan.

ok bye2!

W A S S A A L A M !

Wednesday, 22 May 2013

Lovable Stick

wink! wink!

ASSALAMULAIKUM YA HABIBI YA MAULANA!

hari yang ceria, hari yang penuh cinta!
jadi, saya nak buat sesuatu yang cukup-cukup istimewa iaitu...

jeng!
jeng!
jeng!

"LOVABLE STICK"

#1
apakah itu lovable stick???
ia adalah diperbuat daripada batang aiskrim juga tau kawan-kawan..tapi kali ni berbentuk cinta!
kenapa ya?
kerana hati saya sedang berbunga bunga dilamun cinta!
aauuwww! 
*gediks!


#2
ambil reben dan balutkan mengereng ye kawan-kawan....oh ya, jangan lupa, gam dulu!




#3
lihat betul-betul...beginilah hasilnya lepastu! 



#4
kemudian susun kain felt berbentuk love tu mengikut warna citarasa masing-masing ye!



#5
gam la love tu comey comey! takmo comot comot tau!


#6
terbalikkan dan gam kedua-dua bahan mengikut gambar ini ok!


#7
kemudian tutup dengan kain felt yang berlainan supaya kebih tampak kemas..weee!


#8
dan, letakkan keychain kecil. sweet tak?


#9
macam kusam je kan? so, saya titikkan glitters supaya lebih mewah dan menarik!


#10
maka,
inilah hasilnyaaaa!!!




*** kawan-kawan, tetap setia dengan saya kerana masih ada lagi istimewa untuk anda!


W A S S A L A M . . .

Sunday, 19 May 2013

Two Faces Of My Cupcake!

eeeooo! eeeoooo!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA!

KAWAN-KAWAN SEMUA APA KHABAR?
harap-harap sihat je selalu tau.
kalau tak sihat, pegi makan ubat ok!

bila baca tajuk tu mesti perut berbunyi-bunyi kan kawan-kawan?
"cupcake" atau name melayu nya kek cawan semakin popular sejak akhir-akhir ni kan kawan-kawan?

ok jom wat benda comel ni same-same nak?
 ikut saya tau!



#1
kawan-kawan, 
sediakan bahan-bahan bawah ni k? yang warna biru n hijau tu namenye "glitters"...boleh jumpa kat kedai buku popular...sebab saya beli kat situ! huhu.  selain tu ade kapas..nampak tau? kapas kat dalam bantal awak-awak tuu..huhu




#2
kemudian,
gunting benang comel-comel dan gam elok elok ok?




#3
susun macam yang saya wat ni ok?




#4
haa...susun jadi camni tau..
lepastu tampal "krim cupcake" tu..



#5
hah! camni tau rupanya nanti...



#6
then, jahit comel-comel sekelilingnye tau. 



#7
dah tu ambil kapas, sumbat dalam cupcake. pastu sambung jahit sampai habis.


#8
Two Faces of My Cupcake ni da jadi! yang ini sebelah sini...


#9
yang sebaliknya, berupa macam gini pulaaa! nice tak?



*** seronok bila dapat siapkan Two Faces of My Cupcake ni kan? tahniah kawan-kawan!




Friday, 3 May 2013

Wonderful World of Lolipop!

HAI HAi HAAAIIII!

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBI YA MAULANA~


apa khabar semua? wehehe!
mesti ramai yang tunggu post saya kan?
haha kan dah perasan. hah ade aku kesah?


ok kali ni, jom kita sama sama belajar wat benda yang comel!
emm..kita wat lolipop nak tak?
ok nama glamour nya Wonderful World of Lolipop!
glamour tak glamour tak?
hihi...suka kan?
ok jom start!


1...
2...
mula!

#1 macam biasa, bahan-bahan utama...kali ni kita potong ikut saiz ala-ala "selotep" k? (maaflaa baru balik dari london dan bandung..tak bisa bicara yang bener! huhu) dan paling penting sekali< bahan yang biasa kita lepas pakai, kita buang. apa tu? haa tu haa...batang aiskrim 70sen yang beli kat kedai MSA DEEN JATI je tu haaa...kalau nak ikut sebijik sama macam saya, carikla kat sane k!




#2 ok, seterusnya, kita susun seperti yang saya tunjukkan kat bawah ni k? lepastu, kita gamkan tau kawan-kawan semua!



#3 ok kawan-kawan yang ohsem, ni lah hasilnya! geram je kan? ala-ala macam candy gitteww~ *eh yeke?


#4 haa..nampak tak kite perlu buat sesuatu di situ? huhu. kawan-kawan, kita gulung macam yang tunjuk ni k? kalau susah nak lekat, gam sikit-sikit. tapi sikit je tau! takmo comot-comot. kalau saya wat takpe..huhu.




#5 'usaha tangga kejayaan'. jadi, beginilah hasil apabila kita gulung sampai habis. weee! oh ya! jangan lupa gam ye hujung sekali tu..




#6 kemudian, kita gunting lebihan kain felt tu ye kawan-kawan?



#7 cuba bandingkan kawan-kawan punya dengan lolipop saya ni? sama tak? kalau sama tu, kira lulus la tu..huhu




#8 lepastu, ambil batang aiskrim buangan tadi tu, gunting elok-elok. ia jadi senang gunting sebab materialnya rapuh. (wah bahasa uolls!). dah tu, amekla yang elok sikit..pilih satu je..hihi



#9 bila saya tunjuk gambar ni, kawan-kawan mesti dah faham ape langkah seterusnya kan? huhu...bagus3!





#10 Taraaa! cute nyeee!




# 11 ok, ini adalah bahan tambahan. yang warna pink tu kain reben tau kawan-kawan. yang besi tu, khas untuk keychain. ok? so, kita gunting reben tu cukup2 untuk menampung besi keychain tu nanti ye.



#12 kemudian, gamkan reben itu setelah kita masukkan keychain itu di dalamnya. ^.^




#13 gamkan batang aiskrim tu, untuk cantumkan reben keycahin tadi. dan tutup dengan kain felt yang lain bagi tujuan kekemasan. ok?





# 14 dah siap semuanya? dengan berakhirnya step tadi, maka lengkaplah segala langkah untuk menghasilkan Wonderful World of Lolipop!



*** PSST : boleh hadiahkan kepada yang tersayang! sebagai tanda kita gembira dengan kehadiran mereka, walaupun ada saja ujian dan dugaan. cewah!

jumpa lagi kawan-kawan!

S A L A M !






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...